TEKNIK MEMBACA :
BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN
TEKNIK MEMBACA DENGAN
BETUL?
OLEH : KAMILIA (PPISMP SEMESTER 1)
Berdasarkan tajuk yang dibentangkan di atas,saya dengan yakin dapat
menyatakan bahawa anda merupakan seorang pengguna laman sosial yang ingin mengetahui
tips tentang teknik membaca dengan cara yang tepat. Pada era globalisasi ini, saya
pasti bahawa ada dalam kalangan kita yang tidak tahu dan tidak mengambil
berat tentang teknik membaca yang betul.Para pelajar sering menyatakan bahawa
membaca ini tidak memerlukan teknik yang relevan.Tidakkah anda sedar bahawa teknik
membaca itu adalah suatu proses yang mudah untuk anda fahami dan belajar dengan cara yang lebih efektif terutamanya ketika menjawab peperiksaan ?
Jika anda masih tidak cakna serta tidak menitiberatkan teknik
membaca ini,anda mungkin akan mengalami kegagalan dan tertekan kerana tidak
dapat belajar mahupun menjawab peperiksaan dengan baik.Saya pasti semua pelajar
mahupun mahasiswa-mahasiswi memerlukan teknik membaca dengan betul agar
pembelajaran mereka dapat diserap dengan tepat dan baik.Melalui
pembacaan,seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara
langsung atau tidak langsung dapat membantu memajukan negara seiring dengan
negara maju ibarat duduk sama rendah,berdiri sama tinggi.Malahan,ada juga
daripada kalangan anda yang ulat buku tetapi tidak tahu teknik membaca dengan
betul menyebabkan apa yang dibaca oleh mereka tidak dapat diingati.Jadi ayuh
kita lihat teknik membaca dengan cara yang betul dan relevan.
PEMBACAAN CEPAT
