Wednesday, September 30, 2020

GKB1053 TEKNIK MEMBACA YANG RELEVAN


TEKNIK MEMBACA : 

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN

 TEKNIK MEMBACA DENGAN BETUL?


OLEH : KAMILIA (PPISMP SEMESTER 1)



Berdasarkan tajuk yang dibentangkan di atas,saya dengan yakin dapat menyatakan bahawa anda merupakan seorang pengguna laman sosial yang ingin mengetahui tips tentang teknik membaca dengan cara yang tepat. Pada era globalisasi ini, saya pasti bahawa ada dalam kalangan kita yang tidak tahu dan tidak mengambil berat tentang teknik membaca yang betul.Para pelajar sering menyatakan bahawa membaca ini tidak memerlukan teknik yang relevan.Tidakkah anda sedar bahawa teknik membaca itu adalah suatu proses yang mudah untuk anda fahami dan belajar dengan cara yang lebih efektif terutamanya ketika menjawab peperiksaan ?

 

Jika anda masih tidak cakna serta tidak menitiberatkan teknik membaca ini,anda mungkin akan mengalami kegagalan dan tertekan kerana tidak dapat belajar mahupun menjawab peperiksaan dengan baik.Saya pasti semua pelajar mahupun mahasiswa-mahasiswi memerlukan teknik membaca dengan betul agar pembelajaran mereka dapat diserap dengan tepat dan baik.Melalui pembacaan,seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara langsung atau tidak langsung dapat membantu memajukan negara seiring dengan negara maju ibarat duduk sama rendah,berdiri sama tinggi.Malahan,ada juga daripada kalangan anda yang ulat buku tetapi tidak tahu teknik membaca dengan betul menyebabkan apa yang dibaca oleh mereka tidak dapat diingati.Jadi ayuh kita lihat teknik membaca dengan cara yang betul dan relevan.





TEKNIK MEMBACA TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN :





PEMBACAAN CEPAT

DEFINISI

menurut definisi Howard Stephen Berg “Speed Reading” adalah sebuah koleksi metode yang ditujukan untuk meningkatkan kecepatan membaca tanpa banyak mengurangi pemahaman terhadap bahan bacaan. Banyak sekali metode-metode speed reading yang sudah dikembangkan yang menggunakan bermacam-macam teknik psikologi.

 


       SKIMMING (LUNCURAN)

  • Kemahiran membaca (mendapatkan maklumat dan pantas)
  • Bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang ringkas tetapi menyeluruh dan tepat.
  • Membolehkan membuat pandangan umum mengenai sesuatu perkara  dengan segera.
  • Membaca dengan cara ‘membaca secara sekilas’ menjadi kelaziman untuk mencari isi kandungan,tajuk utama,rumusan.
  • Menggunakan pergerakan mata yang cepat dan tumpuan pada bacaan.
  • Teknik yang penting untuk mengulangkaji pelajaran.
  • Contoh bahan bacaan : surat khabar,nota untuk peperiksaan dan artikel di Internet.
  • Kaedah pembacaan yang pantas 3 ke 4 kali ganda dari pembacaan normal.
  • Kaedah ini menjimatkan masa pelajar terutamanya dalam membaca sesuatu fakta.
  • Berfaedah kepada individu yang kesuntukan masa untuk mencari maklumat.




    SCANNING (IMBASAN)

v Kemahiran membaca (mendapatkan maklumat yang lebih mendalam)

v  Bertujuan mendapat maklumat tertentu untuk sesuatu persoalan.

v  Membaca pendahuluan dan rumusan secara mendalam.

v  Membaca kandungan dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang nyata

v  Membaca dengan kaedah ‘sepintas lalu’.

v  Membaca keseluruhan muka surat (sepintas lalu)

v  Digunakan untuk mendapatkan isi-isi penting.

v  Melibatkan pergerakan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus.

v  Kaedah yang sangat cepat untuk mendapatkan fakta dalam sesuatu petikan.

v Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.


PEMBACAAN PERLAHAN


  • TUJUAN
    • Untuk membuat analisis.
    • Supaya lebih faham.
    • Dapat menilai bahan bacaan.
    • Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan.
    • Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan.


         TEKNIK SQ3R

v  SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).

v  Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.


Apakah yang dimaksudkan dengan SQ3R ?


  • S - SURVEY ( MENGKAJI )

                  - Kaji bahan bacaan dan daptkan isi kandungan.

                  - Baca prakata,tajuk,tajuk kecil dan sub-tajuk.

                  - Baca keterangan,carta dan grafik.

                  - Baca rumusan.

                  - Melihat bagaimana maklumat disampaikan.

                  - Lihat sepintas lalu pada pendahuluan,ringkasan dan rumusan.

  • Q - QUESTION ( MENYOAL )

                 - Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian.

                 - Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan.

                 - Menyoal;"apa yang saya tahu tentang tajuk ini?".Kaitkan dengan apa yang                   dibaca.

                 - Bersoal jawab dengan rakan-rakan.

                 - Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab.


  • 3R - READ ( MEMBACA )

                 - Baca perlahan pada petikan yang sukar

                 - Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting.

                 - Catatkan nota yang bergaris, huruf italic dan kenyataan yang ditebalkan.

                 - Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang                      dibaca agar lebih mudah untuk fahami.

                 - Ulang bacaan dan tumpukan pada kaat kunci.


  • 3R - RECITE ( MENYEBUT )

                 - Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula.

                 - Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat.

                 - Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan.


  • 3R - REVIEW ( MENGULAS )

                 - Ulas semula maklumat yang dibaca.

                 - Ulas soalan dan jawapan.

                 - Buat ulasan nota.

                 - Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar.

                 - Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar.


  • TEKNIK KWLH




- KWLH adalah singkatan bagi yang berikut :

       K ( KNOW ) - apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

       W ( WANT ) - apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

       L ( LEARNED) - apa yang telah diketahui (selepas membaca)

       H ( HOW ) - bagaimanakah untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan                              (untuk pembacaan seterusnya)


TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR :

  • Mengingatkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca.

  • Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaanya.

  • Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan.




            Konklusinya,dalam konteks pembelajaran di atas , pelajar haruslah menguasai teknik membaca yang betul dan relevan.Hal ini dikatakan demikian adalah kerana,dengan adanya teknik ini kita dapat menguasai sesuatu pembelajaran secara menyeluruh dengan baik.Bukan itu sahaja,secara sedar atau tidak sedar teknik membaca yang betul ini memberi banyak kebaikan kepada pelajar untuk belajar dengan mudah dan efektif.Jadi,janganlah memandang remeh terhadap teknik membaca ini kerana ia akan membantu anda dalam memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih mudah dan cepat.Seterusnya,pelajar sewajarnya berusaha dan tanam azam dalam diri masing-masing untuk mencapai kejayaan sama ada sekarang mahupun pada masa yang akan datang,

            Sekian sahaja perkongsian dan strategi dari saya.Saya berharap tips yang dikongsikan ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada anda dalam memahamipembelajaran dengan baik.Semoga anda berjaya dunia akhirat.Sekian dari saya !





SELAMAT MAJU JAYA !

1 comment:

  1. Perkongsian yang baik dan mudah difahami . Terima kasih 😊

    ReplyDelete

GKB1053 TEKNIK MEMBACA YANG RELEVAN

TEKNIK MEMBACA :   BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN  TEKNIK MEMBACA DENGAN BETUL? OLEH : KAMILIA (PPISMP SEMESTER 1) Berdasarkan tajuk yang...